X

Kindly register in order to view this article
!

4 lelaki ditahan minum arak di pusat hiburan

Gambar hiasan
A
A

IPOH - Padah mahu menikmati minuman keras di sebuah pusat hiburan di Jalan Canning Estate di sini, empat lelaki ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam serbuan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada 11.30 malam itu, seorang daripada empat individu yang ditahan adalah penyelia premis pusat hiburan berkenaan berusia 44 tahun.

Beliau berkata, semasa polis tiba lelaki terbabit sedang membuka pintu premis dan mengaku sebagai penyelia serta penjaga pusat hiburan tersebut.

"Pemeriksaan lanjut menemukan tiga lelaki disyaki pelanggan berumur 29, 30 dan 51 tahun berada di tingkat satu pusat hiburan itu.

"Keempat-empat mereka memberi alasan tidak munasabah iaitu datang ke premis tersebut untuk menikmati minuman keras," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Asmadi berkata, dalam serbuan itu polis merampas satu salinan lesen di bawah Enakmen Panggung-Panggung dan Tempat-Tempat Hiburan Awam serta satu salinan lesen premis perniagaan dan papan iklan yang masih sah tempoh.

Katanya, polis akan mendapatkan perintah reman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Pelanggaran Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!