Kebiasaan baharu mengajar kita nilai murni kehidupan: Saifuddin

Perayaan Aidilfitri tahun ini disambut dalam suasana norma baharu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun masyarakat Islam tetap meraikannya bersama keluarga dengan penuh kesyukuran. -Foto Bernama
Perayaan Aidilfitri tahun ini disambut dalam suasana norma baharu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun masyarakat Islam tetap meraikannya bersama keluarga dengan penuh kesyukuran. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kebiasaan baharu kehidupan sebenarnya mengajar kita nilai-nilai murni yang perlu dipatuhi dan hormat-menghormati adalah teras utama dalam menjalani kehidupan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam mesej video ucapan Hari Raya Aidilfitri di laman rasmi Twitter beliau, Saifuddin berkata rakyat Malaysia harus patuh kepada amaran, dan amalkan langkah-langkah pencegahan dari semasa ke semasa agar wabak Covid-19 diatasi dengan sebaik mungkin.

"Berjauhan dengan keluarga bukan bermakna kita perlu berduka di lebaran ini, perhubungan sosial antara kita juga mampu dieratkan melalui hubungan dua hala khususnya dengan menggunakan teknologi terkini," katanya.

Dalam pada itu Saifuddin turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan diri secara praktikal, membasuh tangan dengan air dan sabun, memakai penutup mulut dan hidung, pensanitasi tangan serta mengamalkan jarakan sosial satu meter.

"Ini adalah kunci kejayaan kita dalam memerangai wabak Covid-19.

"Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. #KitaTeguhKitaMenang #KomunikasiKita," katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: