X

Kindly register in order to view this article
!

Bekalan bahan mentah mencukupi

Pengguna tidak perlu bimbang dengan bekalan bahan mentah terutama ayam.
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan pertanian dan penternakan mencukupi bagi menampung permintaan sepanjang perayaan Aidilfitri.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Samsolbari Jamali berkata, bekalan daging lembu, kambing dan ayam pada masa kini berlebihan kerana faktor penurunan dari segi permintaan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengulas lanjut katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor mengeluarkan 539 permit menyembelih lembu, tujuh kerbau, 318 kambing dan 55 kambing biri-biri bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

"Walaupun pasar malam dan pasar tani tidak dibenarkan beroperasi, namun terdapat lapan Pasar Segar Terkawal oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dibuka.

"Selain itu, terdapat 18 Agrobazar turut beroperasi seluruh negeri ini, empat Kompleks Pendaratan Ikan, sembilan pasar nelayan, dua Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Ikan (CCDC), 11 pasar borong serta runcit akan beroperasi di bawah kelolaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Johor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus