Polis terima dua laporan kes lelaki tendang penghantar makanan

Laporan Sinar Harian berkaitan insiden berkenaan.
Laporan Sinar Harian berkaitan insiden berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor menerima dua laporan polis berhubung kes seorang lelaki didakwa menendang seorang penghantar makanan wanita di Bandar Puteri Puchong, Serdang, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, siasatan dijalankan dan kertas siasatan dirujuk kepada pihak pendakwa raya hari ini untuk tindakan lanjut.

"Arahan telah dikeluarkan untuk menuduh lelaki berusia 61 tahun itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan isyarat yang mengaibkan kehormatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara tak puas hati, penghantar makanan ditendang

"Kita masih menjalankan siasatan ke atas laporan yang dibuat oleh lelaki tersebut," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Fadzil berkata, terdapat beberapa berita palsu disebarkan di media sosial termasuk tohmahan yang mengatakan pihak polis tidak menjalankan siasatan.

"Perbuatan ini adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Dalam kejadian pada 4.10 petang itu, insiden tersebut dipercayai berpunca akibat perselisihan faham.

Artikel Berkaitan:

Video berdurasi 58 saat itu tular di Facebook, memaparkan wanita berkenaan terjatuh akibat ditendang seorang lelaki. Turut tular di laman sosial adalah video lelaki yang didakwa menendang wanita berkenaan.

Lelaki terbabit dipercayai tidak puas hati kerana wanita berusia 26 tahun yang menunggang sebuah motosikal itu memotong kenderaan lelaki terbabit ketika membuat pusingan U.

Akibat kejadian itu, lelaki berkenaan didakwa menunjukkan isyarat lucah sebelum bertindak menolak mangsa.

Selain itu mangsa dikatakan ditendang sebanyak tiga kali di bahagian pinggang menyebabkan dia terjatuh.

Pengawal keselamatan telah meleraikan insiden itu.