300,000 unit dekoder bakal diagih kepada B40, OKU

No Image Caption
A
A
A

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memperuntukkan sebanyak 300,000 unit dekoder tambahan kepada isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan golongan orang kurang upaya (OKU) di seluruh negara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, ia merupakan tambahan kepada dua juta unit dekoder percuma yang telah diperuntukkan oleh syarikat MYTV sebelum ini.

"Isi rumah B40 dan OKU yang masih belum menerima set dekoder myFreeview percuma digesa membuat permohonan melalui saluran yang disediakan selewat-lewatnya 31 Mei ini.

"Mereka yang layak dipelawa menerima dekoder myFreeview dengan mengisi borang di laman sesawang www.mytvbroadcasting.my/B40 dengan mengisi butiran diri lengkap atau menghubungi MYTV Careline di talian 1800-18-1088/1-300-80-6988 untuk memudahkan proses agihan set dekoder percuma," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, semakan kelayakan boleh dibuat melalui dua saluran yang dinyatakan dan sebarang pendaftaran selepas tarikh 31 Mei tidak akan diproses.

"Inisiatif pemberian dekoker tambahan myFreeview secara percuma ini adalah untuk memastikan tiada golongan tercicir dalam mengakses informasi dan hiburan secara mudah, percuma dan berkualiti melalui penyiaran TV digital.

"Selepas tarikh permohonan ditutup, semua permohonan akan disemak dan penghantaran dekoder melalui perkhidmatan kurier akan dilaksanakan ke seluruh negara secara berperingkat mulai Jun.

"Kaedah penyerahan secara berkelompok hanya akan dipertimbangkan selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa yang berkaitan," katanya.

Artikel Berkaitan:

MyFreeview ialah jenama platfom TV digital tanpa bayaran bulanan yang menampilkan 15 saluran definisi tinggi dan enam saluran radio.

Selain saluran berkenaan, myFreeview juga memberi peluang kepada penonton dan peniaga untuk melakukan peluang perniagaan melalui saluran membeli belah dari rumah.