Warga KTMB terima bantuan kewangan khas RM500

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA- Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan kewangan khas tahun 2020 sebanyak RM500 kepada 6,000 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) secara sekali bayaran, demikian umum Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini.

Beliau berkata, pembayaran akan dimasukkan secara terus ke akaun bank kakitangan KTMB mulai esok (21 Mei) bersama gaji untuk bulan Mei 2020.

“Kementerian sememangnya peka dan prihatin dengan nasib yang menimpa warga KTMB ketika ini tambahan pula terpaksa berdepan dengan cabaran akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

“Diharapkan pembayaran bantuan RM500 ini sedikit sebanyak dapat menceriakan warga KTMB khususnya bagi meraikan hari perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi,” menurutnya dalam satu kenyataan.-Bernama

Artikel Berkaitan: