SWCorp Pahang perkenal enam norma baharu

Sharudin (dua kiri) memberitahu sesuatu kepada Abd Rahim yang tiba di Pejabat SWcrop bagi sidang akhbar khas norma baharu kebersihan Pahang di Berserah hari ini.
Sharudin (dua kiri) memberitahu sesuatu kepada Abd Rahim yang tiba di Pejabat SWcrop bagi sidang akhbar khas norma baharu kebersihan Pahang di Berserah hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang dengan kerjasama kerajaan Pahang memperkasa amalan kebersihan dengan memperkenalkan enam norma baharu kebersihan berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Abd Rahim Muda berkata, objektif pewujudan norma baharu ini bagi menyuntik semangat dan memelihara alam sekitar secara menyeluruh.

Menurutnya, pelaksanaan itu juga mampu memelihara kesejahteraan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat seterusnya menjamin kelestarian alam sekitar.

"Norma pertama yang kita gariskan ialah dengan mengamalkan budaya kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan dan menggunakan cecair pensanitasi tangan.

"Kedua, masyarakat perlu mengamalkan penjarakkan sosial dan memakai topeng muka bagi yang bergejala, ketiga pula adalah mengurangkan penjanaan sisa makanan dan pengasingan sisa pepejal.

"Norma seterusnya ialah menghargai makanan dan mengelakkan pembaziran, kelima adalah menggunakan bekas makanan dan beg guna semula ketika membeli barang keperluan dan keenam merancang pembelian serta mengamalkan budaya dengan menjual barangan yang boleh dikitar semula," katanya.

Abd Rahim (tengah) bersama ketua jabatan yang terlibat dengan pasukan Task Force kebersihan Pahang di Pejabat SWcrop di Beserah hari ini.
Abd Rahim (tengah) bersama ketua jabatan yang terlibat dengan pasukan Task Force kebersihan Pahang di Pejabat SWcrop di Beserah hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media norma baharu kebersihan Pahang di pejabat SWCorp Pahang sebentar tadi.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Pengarah SWCorp negeri, Sharudin Hamid.

Abd Rahim berkata, norma baharu ini diwajibkan untuk diamalkan oleh semua petugas kebersihan membabitkan syarikat konsesi, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan.

"Mereka juga diwajibkan mengamalkan pelindungan diri dengan memakai pelitup muka, sarung tangan dan penjarakan sosial di lokasi pembersihan," katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan sanitasi kenderaan di depo sebelum masuk dan keluar ke lokasi pembersihan perlu dilakukan.

"Jadi kita meminta semua masyarakat mengambil tanggungjawab untuk membudayakan kebersihan dan normal baharu yang digariskan," katanya.

Mengulas lanjut pematuhan premis perniagaan di seluruh Pahang pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Abd Rahim berkata, setakat ini tiada peniaga atau pemilik premis yang dikenakan arahan penutupan kedai.

"Semua peniaga serta premis perniagaan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan Pahang dan pemantauan akan terus dilakukan dari masa ke masa," katanya.