Ketua Pembangkang Selangor sedia van percuma

Rizam (belakang dua dari kanan) bergambar pada Program Memasak Bubur Lambuk Wanita UMNO Peringkat DUN Sabak di sini hari ini.
Rizam (belakang dua dari kanan) bergambar pada Program Memasak Bubur Lambuk Wanita UMNO Peringkat DUN Sabak di sini hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail mengambil inisiatif menyediakan van percuma kepada penduduk di DUN Sungai Air Tawar yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan itu ke hospital.

Rizam berkata, perkhidmatan pengangkutan itu beroperasi 24 jam sekiranya mana-mana individu memerlukan penghantaran ke hospital terutama membabitkan kes kecemasan.

Menurutnya, perkhidmatan penghantaran itu turut diperluas kepada pesakit terdiri dalam kalangan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan pemeriksaan kesihatan secara bulanan.

"Perkhidmatan yang disediakan ini diharap dapat memudahkan penduduk di DUN ini mendapatkan rawatan kecemasan dengan segera," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Memasak Bubur Lambuk Wanita UMNO Peringkat DUN Sabak di sini hari ini.

Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar berkata, perkhidmatan van juga disediakan kepada mereka yang ingin berurusan di bank.

"Penduduk yang memerlukan perkhidmatan penghantaran ke bank pun kita bantu bagi memudahkan urusan mereka yang kurang berkemampuan," katanya.

Selain itu, katanya, sebanyak 15 katil mudah laras diserahkan kepada penduduk terutama kepada pesakit strok dan mereka yang tidak berupaya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, katil mudah laras itu disumbangkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sehingga kini ia sudah dipenuhi.

"Katil ini dipulangkan semula selepas pesakit sembuh atau mereka yang telah meninggal dunia untuk diberikan kepada penduduk lain yang memerlukan," katanya.