Kerajaan bincang pinda Akta 342, dakwa ibu bapa degil bawa anak

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan akan berbincang dengan Pejabat Peguam Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan (MKN) bagi meminda peraturan untuk mengambil tindakan kepada ibu bapa yang masih membawa kanak-kanak ke tempat awam seperti pusat beli-belah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pindaan tersebut akan dilaksanakan selepas semua pihak mencapai kata sepakat.

"Kita dengar masih ramai yang membawa anak kecil ke pusat beli-belah walaupun kita tegaskan tidak berbuat demikian. Untuk mengambil tindakan melibatkan perundangan dan mesti ada dalam undang-undang dan peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (1988) (Akta 342).

"Insya-ALLAH kita akan berbincang dengan pihak Peguam Negara, KKM dan MKN untuk mencapai persetujuan.

"Jika ada persetujuan dan peraturan boleh dipinda ia akan dilaksanakan supaya mana-mana pihak yang melanggar akan didakwa di bawah akta tersebut. Mungkin akan ada banyak implikasi tetapi apa pun kita akan berbincang," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berkaitan kedegilan ibu bapa atau penjaga yang masih membawa golongan berisiko seperti kanak-kanak ke pusa beli belah sepanjang PKPB ini.

Artikel Berkaitan: