ADUN Bandar Utama makan tempe ganti nasi

Jamaliah menunjukkan hidangan tempe masak lemak yang disediakannya.
Jamaliah menunjukkan hidangan tempe masak lemak yang disediakannya.
A
A
A

PETALING JAYA - Tempe masak lemak merupakan salah satu juadah kegemaran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama, Selangor, Jamaliah Jamaluddin kerana resipinya ringkas tetapi mengenyangkan.

Kongsi Jamaliah, 31, hidangan tersebut menjadi pilihannya ketika beliau sedang mengamalkan diet rendah karbohidrat bagi menggantikan nasi.

“Saya masak hidangan ini menggunakan sedikit garam. Selalunya, saya akan menghidangkan tempe masak lemak ini untuk dimakan sendiri atau bersama bapa.

“Saya juga gemarkan cendawan enoki kerana teksturnya yang lembut seperti mi. Jika tiada cendawan enoki, saya akan menggantikannya dengan mihun,” katanya.

Tempe masak lemak
Tempe masak lemak

Jamaliah berkata, tidak sukar untuk menyediakan hidangan tempe masak lemak, malah bahan yang digunakan juga mudah didapati.

“Menu ini boleh dipelbagaikan mengikut selera masing-masing. Saya suka makanan pedas, jadi saya tambahkan lebih cili padi yang digoreng dahulu bersama halia, bawang merah dan bawang putih sebelum masukkan sekali tempe sehingga bertukar warna keemasan.

“Selepas itu, masukkan air, santan, daun kunyit, asam keping dan tunggu sehingga mendidih. Kemudian masukkan cendawan enoki dan udang serta garam secukup rasa,” kata beliau.

Artikel Berkaitan:

***

TEMPE MASAK LEMAK

BAHAN - BAHAN

1 bungkus tempe

Udang

Cendawan enoki atau bihun

2 inci halia

2 biji bawang putih

1 labu bawang besar

4 biji cili padi

Sedikit serbuk kunyit

1 kotak santan

1 keping asam keping

1 helai daun kunyit

CARA MENYEDIAKANNYA

- Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan cili.

- Masukkan tempe (goreng dahulu).

- Masukkan air, santan, daun kunyit dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih.

- Masukkan cendawan enoki dan udang.

- Masukkan garam secukup rasa. Kacau perlahan-lahan dan sedia untuk dihidangkan.