Pemain EPL belum bersedia kembali

Willian
Willian
A
A
A

PEMAIN tengah Chelsea, Willian mendakwa majoriti dalam kalangan pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) belum bersedia untuk kembali menyambung saingan liga yang ditangguh sejak 13 Mac lalu.

Sebaliknya pemain Brazil berusia 31 tahun itu menegaskan pemain antara liga paling kompetitif dunia itu hanya akan beraksi sekiranya wabak Covid-19 dikawal sepenuhnya.

“Secara jujur apa yang boleh saya katakan kebanyakan pemain tidak mahu mengambil risiko kerana bimbang dijangkiti Covid-19 apabila kembali semula menyertai kelab masing-masing.

“Kami sememangnya mahu kembali beraksi kerana rindukan permainan ini dan melakukan perkara yang paling kami sukai dalam karier.

“Tapi berdasarkan situasi terkini pada pandangan kami ialah keselamatan nyawa perlu diberikan keutamaan,” katanya.

Pemain tengah Chelsea, Willian
Pemain tengah Chelsea, Willian

Menurut bekas pemain Corinthians, Shakhtar Donetsk dan Anzhi Makhachkala itu, kebanyakan pemain EPL menggunakan media sosial seperti aplikasi WhatsApp bagi berkongsi kebimbangan berkenaan.

“Kami pemain Chelsea juga membincangkan mengenai perkara ini pada masa sama pengendali Chelsea, Frank Lampard ada berkongsi maklumat perkara yang diinginkan pengendali Liga Perdana.

Artikel Berkaitan:

“Cumanya kami tidak tahu secara terperinci bagaimana perjalanan liga yang akan disambung semula dalam masa terdekat,” katanya.

Pemain seperti Sergio Aguero, Troy Deeney, Danny Rose dan Tammy Abraham selain pengendali Watford, Nigel Pearson adalah antara yang menyuarakan kebimbangan terhadap menyambung kembali liga ketika banyak nyawa masih terkorban akibat wabak berkenaan.