BN tumpu sokong PM daripada berpolitik

Annuar ketika menjawab soalan media selepas menyampaikan bantuan kepada imam sekitar Parlimen Ketereh di Darul Saodah di Kampung Chengal di sini hari ini.
Annuar ketika menjawab soalan media selepas menyampaikan bantuan kepada imam sekitar Parlimen Ketereh di Darul Saodah di Kampung Chengal di sini hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Perikatan Nasional disifatkan tiada ruang untuk berpolitik dan melayan kerenah pembangkang sebaliknya memfokuskan usaha membantu Perdana Menteri menyelesaikan masalah rakyat.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, kesemua mereka menyokong sebarang usaha dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana negara mempunyai cabaran cukup besar menghadapi pasca wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, isu-isu rakyat dan negara perlu ditangani sebaiknya ketika ini dan pihaknya tidak akan sesekali membiarkan negara dalam ketidakstabilan dengan mewujudkan pertelagahan politik.

“Itu paling penting sebab selepas ini rakyat akan menghadapi tekanan ekonomi, ramai bakal hilang pekerjaan, banyak syarikat yang mungkin terpaksa memberhentikan pekerja dan banyak syarikat menghadapi kesukaran dengan kadar perniagaan merosot.

“Ini semua adalah perkara-perkara dihadapi rakyat dan akan memberi kesan yang besar kepada negara dan rakyat,” katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan kepada imam sekitar Parlimen Ketereh di Darul Saodah di Kampung Chengal di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas dakwaan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menganggap kejatuhan pemerintahannya dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak, Annuar berkata, ADUN Jitra itu berhak memberikan pandangan dalam masa sama menyifatkan Pas layak mentadbir negeri berkenaan yang kini diterajui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor.

Muhammad Sanusi dilantik sebagai Menteri Besar Kedah baharu dan majlis mengangkat sumpah jawatan tersebut dilakukan di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

“Perkara itu sudah dibincangkan secara konsensus dalam Permuafakatan Nasional sebelum ini dan juga dalam Perikatan Nasional.

Artikel Berkaitan:

“Itu adalah yang sewajarnya kerana kerusi Pas paling banyak di Kedah. Maka wajarlah wakil Pas menjadi Menteri Besar,” katanya.