Perkembangan semasa Covid-19 jadi penentu sesi persekolahan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebarang cadangan untuk menukar permulaan sesi persekolahan daripada Januari ke Julai setiap tahun bergantung kepada perkembangan semasa wabak Covid-19.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi menguruskan pembelajaran di sekolah menjadi keutamaan ketika ini untuk keselamatan pelajar.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan memerlukan persediaan untuk menangani perkara tersebut bagi mengelak masalah lain dalam menghadapi normal baharu akibat Covid-19.

“Sama ada Januari atau Julai permulaan semester sekolah, apa yang pasti apabila sekolah dibuka akan ada kaedah pembelajaran dalam normal baharu.

“Keutamaan akan diberikan kepada pelajar Tingkatan Lima dan Enam yang perlu menduduki peperiksaan penting.

“Selepas itu baru boleh dibuka kepada pelajar lain secara berperingkat terutama pelajar yang ketinggalan asas pendidikan, contohnya pelajar di Tingkatan Empat,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Azizee berkata, cadangan menukarkan permulaan semester itu boleh dipertimbangkan dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan.

Pada masa sekarang menurutnya, kerajaan menjangkakan sesi persekolahan akan dibuka semula pada Januari tahun depan berdasarkan perkembangan semasa Covid-19.

Artikel Berkaitan: