Dua PATI nekad terjun laut dikhuatiri lemas

Anggota bomba melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat dua PATI yang masih hilang selepas terjun ke laut di Pantai Tanjung Buloh, Sedili, Kota Tinggi, Johor, hari ini.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat dua PATI yang masih hilang selepas terjun ke laut di Pantai Tanjung Buloh, Sedili, Kota Tinggi, Johor, hari ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Tiga daripada 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) nekad terjun ke laut selepas bot yang dinaiki mereka dipintas bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Pantai Tanjung Buloh, Sedili dekat sini malam semalam.

Dalam kejadian jam 12.48 tengah malam itu, dua PATI berkenaan masih belum ditemukan sehingga kini manakala seorang lagi ditemui selamat di pesisiran pantai.

Lelaki warga asing itu ditemukan selepas Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melibatkan APMM dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar menjalankan pencarian pada jarak 500 meter di pesisiran pantai berkenaan.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan PKO tersebut dilakukan bagi mengesan dua lagi lelaki yang terjun ke laut.

Ketua Balai BBP Penawar, Pegawai Penguat Kuasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, sembilan anggota dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Usaha mencari dan menyelamat dua PATI berkenaan masih dilakukan sehingga kini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: