Sebak bila toleh belakang, tiada jemaah

Muhamad mengakui sayu dan sebak bila habis melaungkan azan tiada jemaah di bekalang berikutan PKP sejak 18 Mac lalu di Masjid Saidina Ali Abi Talib, Bukit Sekilau.
Muhamad mengakui sayu dan sebak bila habis melaungkan azan tiada jemaah di bekalang berikutan PKP sejak 18 Mac lalu di Masjid Saidina Ali Abi Talib, Bukit Sekilau.
A
A
A

KUANTAN - Apabila habis laungan azan, saya toleh belakang, tiada siapa bersama saya dan ini membuatkan saya sebak dan menangis, luah bilal Masjid Saidina Ali Abi Talib, Bukit Sekilau, Muhamad Abd Rahman, 41.

Beliau yang merindui suasana sebagaimana sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mengakui berasa kekok selepas melaungkan azan berikutan tiada kehadiran jemaah.

Bagaimanapun, beliau yang sudah 12 tahun menggalas tugas tersebut tetap setia melaungkan azan walaupun dalam suasana begitu berbeza dan memberitahu sunyi kerana tiada jemaah bertandang.

“Selalunya sebelum saya (melaungkan) azan, masjid sudah penuh kerana mereka akan terus menunaikan sebaik sahaja saya selesai berbuat demikian tapi tahun ini, ALLAH uji kita semua termasuk diri saya," katanya ketika ditemui semalam.

Muhamad tetap menjalankan rutinya seperti biasa dengan melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat di Masjid Saidina Ali Abi Talib, Bukit Sekilau hari ini.
Muhamad tetap menjalankan rutinya seperti biasa dengan melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat di Masjid Saidina Ali Abi Talib, Bukit Sekilau hari ini.

Bapa kepada enam anak itu berkata, begitu juga sewaktu solat Jumaat tidak dilakukan di masjid berikutan arahan pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya masjid dan surau ditutup buat sementara waktu bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19), ia tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata sambil memberitahu ALLAH sahaja yang tahu perasaannya ketika itu.

"Semua ada, perasaan sebak, sedih tetapi itulah kita reda dengan apa yang ALLAH aturkan dan yakin ada hikmah di sebalik kejadian ini.

"Saya akui ramai yang rindu untuk mengunjungi masjid untuk mengerjakan solat berjemaah sama ada waktu solat biasa atau tarawih tapi itulah dalam keadaan ini semua ibadah perlu dilakukan di rumah.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kita semua kena akur dengan arahan pemerintah demi memutuskan rantaian Covid-19," katanya.

Muhamad berkata, hanya tiga individu sahaja dibenarkan berada di dalam masjid dan melakukan solat jemaah iaitu imam, siak dan bilal ketika ini

Ditanya sama ada terdapat individu atau keluarga yang mengunjungi masjid selepas arahan tersebut, Muhamad mengakui segelintir individu yang mengerjakan solat di masjid tersebut ialah musafir atau individu yang bekerja sebagai penghantar makanan.

"Mereka ini akan datang dan mengerjakan solat di luar dan mereka akur apabila tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid," katanya.

Dalam pada itu, Muhamad berkata, pada mulanya agak sukar untuk memberi kefahaman kepada orang ramai, namun penerangan secara berterusan mengenai wabak Covid-19 menyebabkan mereka akur.

Bagaimanapun, beliau berharap jangkitan Covid-19 dapat diputuskan rantaiannya dan aktiviti dapat dilakukan seperti biasa.