Ramli dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya

Ramli Mohd Nor
Ramli Mohd Nor
A
A
A

AMANAH Raya Berhad (AmanahRaya) mengumumkan pelantikan Ramli Mohd Nor sebagai Pengerusi syarikat bermula 15 Mei 2020 bagi menggantikan Datuk Mohd Nasir Ali yang tamat perkhidmatannya pada 10 Mei lalu.

Pengarah urusan Kumpulan Amanah Raya, Adenan Md Yusof berkata, pihaknya mengalu-alukan pelantikan Ahli Parlimen Cameron Highlands itu.

Katanya, beliau percaya Ramli mampu menjalankan tugas dan amanah diberikan kepadanya dengan baik.

“Kami percaya dengan pengalaman dan pencapaian cemerlang beliau, Amanah Raya akan lebih maju dan mencapai kejayaan yang lebih membanggakan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) itu pernah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 34 tahun sejak 1984.

Beliau yang kini mengikuti program Falsafah Kedoktoran Perniagaan dari Universiti Antarabangsa Malaya-Wales bersara sebagai pesuruhjaya polis pada Oktober 2018.

Selepas menyertai politik, Ramli aktif dalam pelbagai persatuan dan menjalankan kerja-kerja sosial di seluruh negara.

Beliau turut menyandang jawatan penting dalam persatuan bukan kerajaan seperti Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia dan Badan Penasihat Komuniti Orang Asli di Cameron Highlands.

Artikel Berkaitan: