Bissaka lebih baik daripada Arnold

Van-Aanholt (kanan) cuba melepasi Bissaka pada aksi EPL.
Van-Aanholt (kanan) cuba melepasi Bissaka pada aksi EPL.
A
A
A

“WAN-BISSAKA lebih baik daripada Alexander-Arnold.” Itu komen pertahanan Crystal Palace, Patrick Van Aanholt terhadap bekas rakan sepasukannya, Aaron Wan-Bissaka berbanding pemain Liverpool itu.

Van Aanholt berkata, Wan-Bissaka adalah pemain pertahanan terbaik dan sering membarisi kesebelasan utama United sejak menyertai kelab berkenaan pada musim 2019/2020 lalu.

Malah menurut Aanholt, perkara berkenaan turut diakui oleh bintang Manchester City, Raheem Sterling.

“Bagi saya, Bissaka adalah pemain yang lebih baik, namun kedua-dua mereka pemain yang berbeza kerana dari segi bertahan, Bissaka adalah jauh lebih baik berbanding Arnold.

“Benar, Arnold memiliki kelebihan dari segi serangan dan sepakan sudut menggunakan kaki kanannya tetapi jika anda bertanyakan kepada Wilf (Zaha) mengenai kedua-dua pemain ini, pasti dia mengatakan bahawa dia lebih gemar berdepan Arnold,” katanya.

Untuk rekod, salah satu aksi terbaik Bissaka adalah kemenangan ke atas Manchester City di membuatkan Sterling tidak menafikan bakat yang dimiliki Bissaka di benteng pertahanan United.

Sementara itu Van Aanholt berkata, dia turut menghormati Arnold, kerana pemain berkenaan melakukan segalanya untuk pasukan yang diwakili.

Bagaimanapun menurutnya, dari segi pertahanan dia tetap memilih Bissaka.

Artikel Berkaitan:

“Tanyalah Sterling sejauh mana hebatnya Bissaka. Dia salah seorang pertahanan kanan terbaik setakat ini, namun dia juga perlu menjaringkan gol untuk menaikkan namanya sendiri,” katanya.