Penjelasan Jakoa tutup pejabat di RPS Terisu

Pejabat Jakoa di RPS Terisu akan dirobohkan tidak lama lagi.
Pejabat Jakoa di RPS Terisu akan dirobohkan tidak lama lagi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menutup pejabatnya di RPS Terisu dibuat bagi membolehkan masyarakat di kawasan itu mendapatkan khidmat secara terus daripada pejabat agensi daerah berkenaan di Cameron Highlands.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ajis Sitin berkata, pelaksanaan itu dibuat setelah menilai keperluan operasi pejabat-pejabat kecil di perkampungan Orang Asli, fungsi serta keupayaan dan tenaga kerja yang dimiliki.

“Pihak Jakoa ingin memaklumkan bahawa kebajikan masyarakat Orang Asli di seluruh negara sentiasa menjadi keutamaan.

“Oleh demikian, pejabat Jakoa daerah disediakan bagi memudahkan masyarakat di sesebuah kawasan mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan.

“Pejabat daerah merupakan barisan hadapan bagi Jakoa kerana pegawai-pegawai yang ditempatkan di sana akan berurusan secara terus dengan masyarakat di kawasan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan daripada agensi itu dikeluar bagi memberi maklum balas kepada laporan Sinar Harian bertajuk ‘Pengundi Mahu Pejabat Jakoa Buka Semula’, kelmarin.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pengundi mahu pejabat Jakoa buka semula]

Menurutnya lagi, pejabat kecil yang terletak di RPS Terisu itu juga akan dirobohkan tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan:

“Pelbagai usaha dan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan serta bukan kerajaan yang lain sentiasa dilakukan demi memastikan masyarakat Orang Asli mendapat bantuan kebajikan yang mencukupi,” katanya.