Magis Messi pikat Klopp

Klopp sifatkan Messi sebagai pemain yang lebih tangkas berbanding Ronaldo.
Klopp sifatkan Messi sebagai pemain yang lebih tangkas berbanding Ronaldo.
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp memilih bintang Barcelona, Lionel Messi sebagai pemain yang lebih bagus berbanding tonggak utama Juventus, Cristiano Ronaldo.

Menurutnya, Messi mampu melakukan magis dalam situasi yang di luar jangkaan, namun tidak menolak pakej lengkap yang dimiliki Ronaldo.

“Kedua-dua mereka sangat bagus, tetapi bagi saya Messi memiliki sedikit kelebihan. Kami sudah beraksi menentang dua pemain berkenaan dan kedua-duanya sangat sukar untuk disekat.

“Tetapi Messi ada sedikit kekurangan dari segi fizikal dan Ronaldo memiliki kelebihan itu. Namun, fizikal Messi itu membantu aksinya lebih tangkas dan peranannya sangat penting ketika beraksi di atas padang.

“Ia sememangnya sukar untuk buat pilihan, tetapi apa yang sama serta dimiliki kedua-duanya adalah kemampuan mereka meninggalkan impak dalam sukan bola sepak ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: