Bayi baru lahir dimakan biawak

Mayat bayi itu dipercayai dibuang di tepi kolam sebelum dimakan oleh biawak.
Mayat bayi itu dipercayai dibuang di tepi kolam sebelum dimakan oleh biawak.
A
A
A

BANGKOK - Seorang bayi lelaki baru dilahirkan dimakan biawak selepas mangsa dibuang berhampiran sebuah kolam di Nakhon Si Thammarat dekat selatan Thailand.

Mayat bayi malang itu ditemui sekumpulan budak lelaki yang sedang bermain di tepi kolam terbabit Isnin lalu sebelum melaporkannya kepada pengawal keselamatan.

Salah seorang kanak-kanak, Nong Ake, 10, berkata, dia terhidu bau pelik dan menemui sebuah beg hitam yang mencurigakan di sebelah kolam.

Setelah diperhatikan dengan lebih dekat Ake menemui mayat bayi itu dalam keadaan menyayat hati dengan organ dalamannya telah hilang.

Polis yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia selama satu atau dua hari.

Pihak berkuasa percaya luka gigitan pada mayat adalah disebabkan oleh biawak yang tinggal di kolam dan biasanya memakan ikan serta makanan dari tong sampah.

Menurut jurucakap polis, Mejar Kolonel Jittakorn Konglhue, mayat tersebut akan dibedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan untuk mencari keluarga kandungnya.

"Kami percaya ibunya yang kejam meninggalkan bayi itu di tepi kolam sebelum diserang biawak.

Artikel Berkaitan:

"CCTV di sekitar kawasan berkenaan akan diperiksa untuk mengenal pasti dan seterusnya menahan si ibu dengan segera," katanya. - Agensi