Pejabat kutipan zakat Negeri Sembilan dibuka

Masyarakat Islam yang mempunyai pelbagai kemudahan capaian internet digalakkan terus membayar zakat harta dan fitrah secara dalam talian sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini. - Foto Bernama
Masyarakat Islam yang mempunyai pelbagai kemudahan capaian internet digalakkan terus membayar zakat harta dan fitrah secara dalam talian sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini. - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Perbadanan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) membuka pejabat kutipan zakat di setiap daerah bermula hari ini sehingga 23 Mei.

Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Baitulmal, Nor Azmi Musa berkata, pembukaan pejabat kutipan zakat ini adalah bagi memudahkan masyarakat Islam di negeri ini yang menghadapi kesukaran untuk membayar zakat harta dan fitrah secara dalam talian.

Menurutnya, bagi masyarakat Islam yang mempunyai pelbagai kemudahan capaian internet bagaimanapun digalakkan terus membayar zakat harta dan fitrah secara dalam talian sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini.

"Pejabat kutipan zakat ini akan dibuka bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

"Hanya urusan pembayaran zakat harta dan zakat fitrah dibenarkan di semua pejabat kutipan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: