Lelaki Nepal ditemui mati tergantung

Pasukan forensik dan pegawai perubatan memeriksa keadaan mayat ditemui mati tergantung pada pokok dekat Jalan Senawang hari ini.
Pasukan forensik dan pegawai perubatan memeriksa keadaan mayat ditemui mati tergantung pada pokok dekat Jalan Senawang hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki warga Nepal ditemui mati tergantung pada pokok berhampiran jalan Senawang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat awal daripada orang awam pada jam 8.22 pagi yang memberitahu penemuan mayat seorang lelaki yang berusia 41 tahun itu yang tergantung pada pokok.

Katanya, hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada badan si mati, cuma terdapat calar-calar di bahagian kaki.

"Terdapat beberapa barang peribadi bersepah dijumpai di sekitar lokasi kejadian termasuk duit yang masih ada dalam poket seluar si mati," katanya.

Pasukan forensik dan pegawai perubatan memeriksa mayat tersebut.
Pasukan forensik dan pegawai perubatan memeriksa mayat tersebut.

Tambahnya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun jika terdapat unsur-unsur mencurigakan selepas bedah siasat dilakukan, pihaknya akan membuka semula untuk klasifikasi lain.

"Mana-mana saksi yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke balai polis berhampiran membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: