X

Kindly register in order to view this article
!

Rayuan BPN disaring 11 agensi, kata LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri
A
A

CYBERJAYA - [DIKEMAS KINI] Pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang sebelum ini permohonan mereka ditolak terutama individu yang mempunyai syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini boleh mengemukakan rayuan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau secara dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, Datuk Sabin Samitah berkata, mereka boleh ke cawangan LHDN dan mengisi borang rayuan yang diberikan di samping menyertakan sekali dokumen sokongan sebagai bukti kedudukan kewangan.

“Setiap proses permohonan atau rayuan akan melalui proses saringan yang ditetapkan dalam pangkalan data sistem LHDN khas untuk tujuan BPN," katanya dalam temu bual bersama media di sini semalam.

Beliau berkata, LHDN akan melakukan semakan silang dengan pangkalan data terkini daripada 11 agensi berkaitan termasuk SSM, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bendahari Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, semakan itu bertujuan mengelakkan sebarang penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sabin berkata, bagi isu pemohon yang berdaftar dengan SSM, LHDN menasihatkan mereka supaya memfailkan borang nyata cukai pendapatan masing-masing untuk mengelak isu ini berulang.

Tempoh rayuan BPN dilanjutkan sehingga 31 Mei ini dan bagi permohonan yang tidak luluskan, pemohon boleh menghantar e-mel berserta dokumen berkenaan kepada [email protected] atau hadir ke mana-mana kaunter LHDN di seluruh negara. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!