Penjaja di KL wajib gaji pekerja tempatan!

Nor Hisham. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Nor Hisham. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewajibkan semua penjaja di Wilayah Persekutuan menggaji pekerja tempatan seperti termaktub dalam undang-undang kecil Pelesenan Penjaja 2016.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, selain itu, bagi pemegang lesen premis tred, perniagaan dan industri yang ingin menggajikan warga asing, mereka perlu memastikan pekerja mempunyai permit yang sah.

"Arahan pematuhan itu telah dikeluarkan bermula hari ini kepada semua pemegang lesen pasar borong, pasar awam dan penjaja di Kuala Lumpur.

"Pemegang lesen perlu mematuhi arahan ini dan mula membuat perancangan bagi memastikan operasi perniagaan mereka tidak terjejas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh menyebabkan tindakan tegas diambil termasuk sita, pembatalan lesen serta penamatan perjanjian.

Artikel Berkaitan: