JKM cari waris lima kanak-kanak

Raudhah, Sivaharan, Sze Ning, Putri Ayu Wandira, Khairul
Raudhah, Sivaharan, Sze Ning, Putri Ayu Wandira, Khairul
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur memohon ibu kandung atau waris kepada lima kanak-kanak tampil bagi memudahkan urusan dokumen dan penempatan kanak-kanak itu.

JKM menerusi satu kenyataan memaklumkan kanak-kanak terbabit ialah Raudhah Abdullah, 9; Sivaharan (5 bulan); Khairul, 2; Sze Ning, 8 dan Putri Ayu Wandira, 9.

Menurut kenyataan itu, Raudhah disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) ditinggalkan ibu kandungnya, Jamilah Yunus di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak berumur dua hari diselamatkan JKM pada 9 November 2011.

Sementara itu, Sivaharan pula diserahkan oleh seorang wanita tidak dikenali kepada pasangan suami isteri, Vijaya Ganesh dan R Cithrah pada 23 Ogos 2019 di Orphancare Foundation Bukit Gasing, Petaling Jaya manakala Khairul ditinggalkan ibu kandungnya yang juga warga Indonesia bernama Dewi Yanti.

“Ibu kandungnya meninggalkan kanak-kanak terbabit ketika berusia empat bulan dan menghilangkan diri sehingga kini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan kes Sze Ning dirujuk oleh Pegawai Kerja Sosial, Hospital Sungai Buloh kepada JKM kerana disyaki berlaku penderaan dan pengabaian ke atas kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak tersebut ditinggalkan ibu-bapanya ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

“Hasil pemeriksaan Pegawai Perubatan Hospital Sungai Buloh mendapati berlaku pendarahan intrakranial ke atas kanak-kanak yang merupakan seorang OKU dan tidak boleh menguruskan diri dengan baik.

Artikel Berkaitan:

“JKM juga mencari waris atau ibu kanak-kanak bernama Gan Tai Ti dan Putri Ayu.

"Putri Ayu yang dilahirkan pada 1 Mei 2011 diserahkan oleh ibu kandungnya dikenali sebagai Naseah selepas melahirkan kanak-kanak itu di Kampung Sentosa C Batu 6 Petaling Jaya kepada sepasang suami isteri, Kamaruddin Ma’amor dan Supiyah," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menambah, ibu kandungnya dipercayai menghilangkan dan usaha mengesannya gagal.

Justeru, JKM memohon semua waris kanak-kanak atau individu yang mempunyai maklumat ibu kandung mereka menghubungi talian 03-26124000 (sambungan 4122).