X

Kindly register in order to view this article
!

Mantai Perdana Aidilfitri dibatalkan

Aminuddin semasa sesi FB Live Ramadan bersama Tok Min semalam.
A
A

SEREMBAN - Mantai Perdana Aidilfitri di Negeri Sembilan terpaksa dibatalkan tahun ini kerana mengambil kira perkembangan semasa bagi mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu diputuskan selepas meneliti beberapa cadangan dan pandangan yang diterima berhubung pelaksanaan program berkenaan yang dirancang sejak awal tahun lalu.

Beliau berkata, selain kekangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), syarat dikenakan oleh Jabatan Veterinar juga sangat ketat apabila semua penyembelihan harus melalui pusat penyembelihan di bawah seliaan pihak terlibat.

"Kita akan menghadapi masalah, kapasiti untuk kita sediakan lembu dan kerbau pula adalah sangat terhad.

"Jadi kita mengambil keputusan untuk menangguhkan Mantai Perdana pada tahun ini, Insya-ALLAH tahun hadapan kita akan adakan Mantai Perdana ini," katanya pada sesi FB Live Ramadan bersama Tok Min Siri ketiga yang dikendalikan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Nor Azman Mohamad, di kediamannya semalam.

Melalui temubual itu, Aminuddin menegaskan, mantai biasa boleh dilakukan dengan syarat mengikut segala SOP yang ditetapkan termasuk penjarakkan sosial.

Sementara itu katanya, rakyat di negeri ini tidak perlu bimbang berhubung keperluan bahan mentah seperti daging lembu, kerbau dan ayam kerana ia mencukupi dan boleh didapati di kedai-kedai penjualan bahan tersebut tersebut seperti biasa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!