Peniaga di Pahang akur SOP PKPB

Pekerja Pasaraya juga perlu memakai topeng penutupan muka dan mulut serta pelindung muka bagi memastikan keselamatan diri.
Pekerja Pasaraya juga perlu memakai topeng penutupan muka dan mulut serta pelindung muka bagi memastikan keselamatan diri.
A
A
A

KUANTAN- Kerajaan Pahang memberi kelonggaran dengan membenarkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan semalam.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar bandar Kuantan mendapati masih ada beberapa kawasan yang belum membuka operasi perniagaan mereka hanya premis seperti pasar raya, klinik, farmasi dan restoran yang dilihat beroperasi setakat ini.

Pengurus sebuah pasar raya yang mahu dikenali sebagai Siew,45, berkata,walaupun kelonggaran sudah diberikan oleh Kerajaan Pahang namun ia bukan alasan untuk tidak mematuhi SOP yang ditetapkan

Menurutnya, segala pematuhan seperti penjarakkan, suhu badan, pemakaian topeng muka, penyediaan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) serta menghadkan kemasukan pelanggan ke dalam pasar raya.

"Semua SOP ini kita patuhi dan akur, selain itu pihak kita turut merekodkan data pengunjung bersama nombor telefon mereka bagi memudahkan urusan dibuat jika berlakunya kes seperti jangkitan koronavirus (Covid-19).

"Jadi, pihak kita boleh mengesan dengan segera dengan menghubungi mereka (pelanggan) bagi saringan dapat dilakukan segera," katanya.

Beliau berkata, setakat ini berpuas hati kerana pelanggan mematuhi SOP ditetapkan dan mereka dilihat lebih mementingkan keselamatan diri.

Jelasnya, pemantauan keadaan semasa akan terus dilakukan dari segi kebersihan bagi memastikan tiada jangkitan Covid-19 bukan sahaja dalam kalangan pekerja tetapi juga pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Peniaga kasut Ah Lee Yong, 56, pula berkata, persiapan sedang dilakukan sebelum memulakan operasi perniagaan.

Katanya, pematuhan SOP PKPB perlu dipatuhi, jika tidak peniaga akan berdepan dengan tindakan termasuk penutupan premis.

"Saya pekerja perlu buat saringan kesihatan terlebih dahulu untuk pastikan mereka benar-benar boleh bekerja, justeru saya amat penting keselamatan dari aspek kesihatan.

"Saya sudah membeli alat pemeriksaan suhu badan untuk pekerja dan pelanggan," katanya yang sibuk membuat persediaan bagi memulakan operasi perniagaan.

Sementara itu, penjawat awam, Mohd Fitri Razak, 41, berkata, kelonggaran yang diberikan kerajaan dimanfaatkan untuk membeli barang keperluan termasuk kelengkapan raya.

Menurutnya, namun penjarakkan sosial dilakukan bagi memastikan tiada jangkitan Covid-19 sepanjang berada di luar.

"Lega bila kerajaan Pahang umumkan PKPB," katanya.

Bagi pekerja swasta, Rahimah Hassan,33, pula berkata, kelonggaran yang diberikan bukan tiket untuk berseronok kerana rantaian Covid-19 masih belum diputuskan.

"Tahun ini saya beraya ala kadar sahaja, apa yang penting dapat keluar membeli barang keperluan itu sudah memadai," katanya.