Jangan terpedaya janji PH: Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim (dua,kanan) berbual dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia,Gobind Singh Deo ketika mereka bertemu di pasar pagi Kuala Medang,hari ini.
Tuan Ibrahim (dua,kanan) berbual dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia,Gobind Singh Deo ketika mereka bertemu di pasar pagi Kuala Medang,hari ini.
A
A
A

LIPIS - Pengundi di Cameron Highlands diingatkan tidak terus terpedaya dengan janji-janji yang ditawarkan PH memandangkan masih banyak manifesto mereka gagal ditunaikan sehingga hari ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beberapa janji yang ditawarkan PH ketika kempen PRU14 lalu antaranya memberikan pendidikan percuma dan menghapuskan tol masih gagal tertunai.

"Sepatutnya rakyat tidak terus terpedaya dengan janji mereka (PH)... kalau rakyat masih percaya, ini sesuatu yang pelik.

"Sebab itulah kita (pembangkang) perlu tambah kerusi di Parlimen untuk memperkuatkan lagi suara pembangkang," katanya ketika ditemui media selepas sesi walkabout pasar pagi Kuala Medang, hari ini.

Dalam pada itu,beliau turut memberi jaminan Pas akan menggerakkan semua penyokong dan ahli parti itu membantu calon BN meraih kemenangan dalam PRK Cameron Highlands terbabit.

"Pas akan turun membantu kempen calon BN di kedua-dua kawasan iaitu Dun Jelai dan Tanah Rata.

"Kira-kira 800 ahli Pas akan turun beri sokongan dan bantu... saya difahamkan, Jawatankuasa Pas Pusat pun akan bantu," katanya.

Ujanrnya beliau juga mengharapkan pengundi Pas juga keluar mengundi bagi menyekat kemaraan PH di parlimen tersebut.

Artikel Berkaitan: