Pasukan diisytiharkan kalah jika penyokong datang ke stadium

BOBIC
BOBIC
A
A
A

LIGA Jerman, Bundesliga akan bersambung semula 16 Mei ini tanpa kehadiran penyokong dan langkah kawalan ketat akan dilaksanakan pengendali liga itu.

Antara langkah yang mencuri tumpuan bakal dilaksanakan Bundesliga ialah memberikan hukuman kepada pasukan sekiranya ada penyokong mereka yang datang memberikan sokongan walaupun hanya berkumpul di luar stadium.

Perkara itu didedahkan pengarah sukan Eintracht Frankfurt, Fredi Bobic yang menyatakan pasukan akan secara automatiknya diisytiharkan kalah sekiranya ada penyokong datang ke stadium.

"Kami telah memberitahu penyokong supaya mereka tidak datang ke stadium. Jika mereka datang kami akan diisytiharkan tewas dan tiga mata akan diberikan kepada pasukan pelawat.

"Datang ke stadium tidak diizinkan. Di Jerman memang sudah banyak tempat yang dibuka, tetapi berkumpul beramai-ramai tetap dilarang. Apa yang penting adalah penyokong jangan datang ke stadium," katanya.

Peraturan ketat tersebut terpaksa dilakukan Bundesliga bagi mengelakkan wabak Covid-19 kembali menular di negara itu.

Bundesliga turut mengambil contoh apa yang berlaku semasa perlawanan Liga Juara-Juara peringkat 16 pasukan terbaik antara Paris Saint Germain (PSG) dan Borussia Dortmund pada 11 Mac lalu yang menyaksikan ribuan penyokong tuan rumah yang hadir walaupun sudah ditetapkan perlawanan diadakan tanpa penonton.

Dalam pada itu, Bobic percaya penyokong Frankfurt tidak akan melanggar arahan tersebut dan akan terus berkomunikasi dengan penyokong.

Artikel Berkaitan:

"Mereka (penyokong) mengikuti arahan kerajaan dan melakukan banyak perkara baik kepada komuniti sepanjang Covid-19 ini. Kami juga dapat tahu mereka menyambut baik arahan untuk tidak datang ke stadium," katanya.