Kilang ayam punca penduduk diganggu lalat

Kilang ternakan ayam daging yang dipercayai menjadi punca kacau ganggu lalat di Kampung Sungai Jang, Kerling di sini.
Kilang ternakan ayam daging yang dipercayai menjadi punca kacau ganggu lalat di Kampung Sungai Jang, Kerling di sini.
A
A
A

HULU SELANGOR - Sebuah kilang ternakan ayam daging dikenakan tindakan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) selepas dipercayai menjadi punca kacau ganggu lalat di Kampung Sungai Jang, Kerling, di sini.

MDHS menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menjalankan siasatan bersama Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor (PTDHS) di lokasi terbabit selepas menerima aduan daripada penduduk sekitar.

Menurut kenyataan itu, 'serangan' lalat dikesan berlaku di kawasan berhampiran Sungai Jang terutama di perkampungan orang asli Sungai Jang, Kerling.

"Ketika siasatan dilaksanakan didapati premis melakukan aktiviti ternakan 140,000 ekor ayam daging di kawasan seluas 0.0744 hektar.

"Hasil siasatan lanjut mendapati bangunan sedia ada di tapak mempunyai kelulusan Kebenaran Merancang (KM) daripada pihak MDHS, namun tidak mempunyai kelulusan bagi pindaan pelan tambahan reban," menurut kenyataan itu.

Penduduk mengadu 'serangan' lalat dikesan berlaku di kawasan berhampiran Sungai Jang terutama di perkampungan orang asli Sungai Jang, Kerling.
Penduduk mengadu 'serangan' lalat dikesan berlaku di kawasan berhampiran Sungai Jang terutama di perkampungan orang asli Sungai Jang, Kerling.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, MDHS memaklumkan, pemilik premis pernah membuat permohonan pindaan KM pada akhir tahun lalu dan pihak majlis telah meminta pemohon untuk mendapatkan ulasan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) terlebih dahulu bagi reka bentuk kolam tadahan mereka.

"Bagaimanapun, hasil pemeriksaan premis didapati tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah serta tiada pelan bangunan. Pemilik premis juga gagal menyediakan kawasan pelupusan sisa tinja dan kolam rawatan air mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"MDHS mengeluarkan notis kacau ganggu dan kompaun berkaitan kacau ganggu lalat, kompaun beroperasi tanpa lesen selain kesalahan membina bangunan tanpa kebenaran majlis," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, amaran telah diberikan kepada pihak premis untuk memperbaiki kawalan lalat dalam premis serta pemilik diberi tempoh tujuh hari untuk memastikan kacau ganggu lalat dikurangkan kepada kadar minima serta melaksanakan pelupusan sisa tinja mengikut syarat KM yang ditetapkan.

“Pihak majlis akan sentiasa memantau perkembangan premis ini untuk memastikan pemilik mengambil tindakan yang diarahkan dalam tempoh diberikan.

“Sekiranya pemilik premis ingkar, premis berkenaan boleh dikenakan tindakan penutupan premis selama 14 hari dan kes dibawa ke mahkamah atas kesalahan menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk dan alam sekitar,” menurut kenyataan itu.

MDHS telah memberikan amaran kepada pihak premis untuk memperbaiki kawalan lalat dalam premis serta pemilik diberi tempoh tujuh hari untuk memastikan kacau ganggu lalat dikurangkan kepada kadar minima serta melaksanakan pelupusan sisa tinja mengikut syarat KM yang ditetapkan.