Program MARii pertingkat kebolehan normal baharu

 Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) mengetengahkan pelbagai program bagi mempertingkatkan kebolehan normal baharu melalui teknologi digital susulan kesan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) mengetengahkan pelbagai program bagi mempertingkatkan kebolehan normal baharu melalui teknologi digital susulan kesan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
A
A
A

CYBERJAYA - Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) mengetengahkan pelbagai program bagi mempertingkatkan kebolehan normal baharu melalui teknologi digital susulan kesan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Madani Shaari berkata, program dan perkhidmatan yang ditawarkan MARii telah dirangka khas sesuai dengan permintaan tinggi bagi kebolehan berasaskan teknologi Industri 4.0 yang sejajar dengan ekonomi digital.

"MARii telah memperkemas kini program Pensijilan Kejuruteraan Industri Automotif (AICE) bagi lepasan universiti dan kolej dan Pensijilan Profesional Berasaskan Industri (IPC) bagi lepasan sekolah," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kesemua program itu menerapkan pengetahuan asas seperti rekabentuk, proses pembuatan dan pengurusan kualiti, serta telah diperbaharui untuk merangkumi teknologi terkini seperti pengurusan data raya, 3D 'printing', simulasi dan realiti maya.

"Program tersebut dapat membantu mereka yang terkesan akibat penurunan ekonomi dengan menambah baik kemahiran dan pengetahuan melalui program berkenaan.

"Malahan mungkin memberi peluang memulakan perniagaan sendiri di dalam bidang teknologi Industri 4.0," katanya.

Beliau berkata, syarikat yang berminat boleh menggunakan program berkenaan untuk melatih dan menyesuaikan semula pekerja-pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan kritikal bagi menjangkau keperluan ekonomi digital.

"Konsep customised programmes ini juga memacu pemikiran di sebalik rangkuman program-program yang dibentuk oleh MARii, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Artikel Berkaitan:

"Program peningkatan perniagaan ini dirangkum berteraskan penerapan teknologi, pengurusan perniagaan dan peningkatan daya upaya," katanya.

Tambahnya, syarikat juga dapat meningkatkan penerapan teknologi digital melalui program Technopreneur Development Program (TDP) dan Platform Teknologi Pintar MARii (MITP) yang telah dilancarkan baru-baru ini.

"Program seperti Sistem Pengeluaran Lean (LPS), Program Kecemerlangan Pembekal Automotif (ASEP) dan Program Transformasi Bengkel (WTP) telah dirangkum khas bagi meningkatkan keupayaan syarikat dalam aspek perniagaan dan operasi seperti pengurusan kewangan, pemasaran, kualiti dan penerapan teknologi digital yang membantu peniaga menyesuaikan perniagaan kepada era pasca Covid-19," katanya.