Panggilan telefon selamatkan warga emas

Ketua Biro Kebajikan UMNO Bahagian Batu Pahat, Mohd Hamidi Mad Tap (kanan) menyerahkan bantuan kepada Mustaffa Nawi (tengah) selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Baru, Senggarang, Batu Pahat, Johor awal pagi.

A
A
A

BATU PAHAT - Pasangan suami isteri warga emas terselamat daripada rentung dalam kebakaran di Kampung Baru, Senggarang di sini hari ini, selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya.

Mangsa, Mustaffa Nawi@Nuri, 75, berkata, panggilan anaknya Samsol, 47, mengejutkannya daripada tidur sebelum dia bersama isterinya, Maskana Nasir, 68, menyelamatkan diri sebaik dimaklumkan kejadian itu pada jam 3.30 pagi.

"Saya terkejut apabila anak menelefon yang ketika itu berada di rumah rakannya memberitahu kediaman kami terbakar. Kami terus menyelamatkan diri dalam keadaan kelam-kabut itu, mujur anak mengejutkan kami.

"Kami hanya sempat menyelamatkan dokumen penting manakala kenderaan serta peralatan seperti sebuah motosikal, mesin pemotong rumput dan alat pemotong pokok musnah," katanya ketika ditemui di kediamannya.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah rumah jenis separuh kekal milik pasangan warga emas di Kampung Baru, Senggarang, Batu Pahat, Johor awal pagi ini.
Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah rumah jenis separuh kekal milik pasangan warga emas di Kampung Baru, Senggarang, Batu Pahat, Johor awal pagi ini.

Mustaffa Nawi dan isteri bersyukur kerana terselamat serta menganggap kejadian tersebut sebagai ujian untuk keluarga mereka semasa Ramadan.

Menurutnya, kediaman berkenaan adalah rumah pusaka dan anggaran kerugian yang dialami mereka sekeluarga sekitar RM100,000.

Difahamkan dalam kejadian tersebut penduduk setempat cuba memadamkan kebakaran tetapi tidak berjaya sebelum menghubungi pihak bomba.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah rumah jenis separuh kekal milik pasangan warga emas di Kampung Baru, Senggarang, Batu Pahat, Johor awal pagi ini.
Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah rumah jenis separuh kekal milik pasangan warga emas di Kampung Baru, Senggarang, Batu Pahat, Johor awal pagi ini.

Sementara itu, seramai 15 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit dan BBP Ayer Hitam dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.49 pagi.

Komander Operasi, Penolong Pegawai Bomba Kanak Ayub Majid berkata, setibanya di lokasi pihaknya mendapati rumah jenis separuh kekal itu telah hangus keseluruhannya namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.37 pagi. Tiada sebarang kecederaan atau kematian melibatkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan.