Pasangan nikah online masih tidak peluang berjumpa

Tangkap layar sidang video pernikahan Muhammad Aklil (bawah kanan) dan pasangannya Dr Siti Aminah yang dinikahkan Pendaftar Nikah Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Ayub Baharuddin (kiri). Foto - Ihsan Muhammad Akil Ayob
Tangkap layar sidang video pernikahan Muhammad Aklil (bawah kanan) dan pasangannya Dr Siti Aminah yang dinikahkan Pendaftar Nikah Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Ayub Baharuddin (kiri). Foto - Ihsan Muhammad Akil Ayob
A
A
A

KUANTAN – Seorang pemuda yang melangsungkan perkahwinan secara sidang video dalam talian masih tidak berpeluang bertemu pasangannya sehingga kini kerana mematuhi larangan perjalanan merentas negeri susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Muhammad Akil Ayob, 33, ketika berkongsi mengenai perkahwinan itu turut memberitahu, suasana ketika ini menuntut kesabaran yang tinggi apatah lagi berkait soal keselamatan dan peraturan dalam keadaan negara masih belum bebas sepenuhnya dengan wabak koronavirus (Covid-19).

"Saya berada di Johor Baharu manakala isteri pula di Selangor, jadi Ramadan kali ini menuntut saya dan isteri banyak bersabar sambil menadah tangan berdoa pada Yang Maha Esa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas mengenai perkahwinan secara dalam talian, Muhammad Akil memberitahu, beliau tidak menyangka proses perkahwinannya dan isteri, Dr Siti Aminah Muhammad Imran, 32, dilangsungkan menerusi kaedah tersebut pada 28 April lalu.

Eksekutif syarikat pengeluar insulin di Johor Bahru itu berkata, beliau mengenali isterinya ketika sama-sama melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan di sini.

“Alhamdulillah, perkenalan kami selama hampir 10 tahun berakhir dengan perkahwinan namun tak sangka nikahnya secara online dalam suasana negara berhadapan wabak Covid-19.

"Majlis pernikahan kami dilakukan melalui sidang video, upacara yang ringkas tetapi penuh bermakna," katanya.

Muhammad Akil berkata, majlis perkahwinan itu sepatutnya berlangsung pada 4 April lalu, namun terpaksa ditangguhkan disebabkan PKP.

Artikel Berkaitan: