Wanita ditemui mati separuh bogel

Mayat mangsa dibawa turun polis dari flat.
Mayat mangsa dibawa turun polis dari flat.
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di rumahnya di Flat Taman Universiti Indah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Lokasi kejadian.
Lokasi kejadian.

Menurutnya, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian dapati mangsa dalam keadaan terbaring dipercayai warga Indonesia berusia lingkungan 30-an.

"Siasatan awal mendapati terdapat unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

"Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian membabitkan mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci," katanya kepada Sinar Harian.

Ismadi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, mangsa dikenali Jamilah Mat Shaari, 33, sudah menetap di Malaysia sejak 10 tahun lalu itu ditemui adik iparnya sebaik pulang dari tempat kerja.

Artikel Berkaitan:

Menurut adik ipar mangsa, Suridah Sadrum, 34, berkata, keadaan rumah berselerak malah barang berharga juga hilang dan mungkin kakak iparnya itu telah disamun sebelum dibunuh.