MAIS terima pelanggan secara janji temu sahaja

MAIS hanya membenarkan pelanggan yang mempunyai janji temu sahaja dibenarkan berurusan di premis berkenaan.
MAIS hanya membenarkan pelanggan yang mempunyai janji temu sahaja dibenarkan berurusan di premis berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hanya membenarkan pelanggan yang mempunyai janji temu sahaja berurusan di premis itu dalam usaha mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula semalam.

Menurut kenyataan MAIS, operasi secara janji temu itu melibatkan perjumpaan dengan pelanggan yang bermula hari ini sehingga 31 Mei ini.

"Pelanggan yang ingin mendapatkan tarikh janji temu bagi perkhidmatan yang telah ditetapkan, bolehlah berbuat demikian mulai jam 9 pagi hingga 2 petang untuk mendapatkan tarikh dan masa janji temu di MAIS," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu memberitahu, perkhidmatan disediakan itu ialah pengurusan wasiat, hibah, harta pusaka dengan perkara berkaitan baitulmal.

Selain itu, kenyataan memaklumkan, operasi lain disediakan ialah sewaan hartanah, bahagian pendaftaran mualaf, pemulihan ar-Riqab dan bahagian Kewangan.

Sekiranya pelanggan ingin mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh hubungi Bahagian Komunikasi Korporat MAIS di talian 03-55143752 atau orang ramai amat digalakkan berurusan melalui perkhidmatan atas talian menerusi laman web mais di www.mais.gov.my.

Artikel Berkaitan: