Neymar bakal ganti Messi, Ronaldo

Emery percaya Neymar bakal menjadi pemain terbaik.
Emery percaya Neymar bakal menjadi pemain terbaik.
A
A
A

BEKAS pengendali Arsenal, Unai Emery percaya bintang Paris Saint Germain (PSG), Neymar bakal menjadi pemain terbaik dunia menggantikan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Menurut pengendali berusia 48 tahun itu, tonggak Brazil berkenaan memiliki bakat dan kemampuan yang luar biasa di semasa di padang sejak mula menyarung jersi kelab Santos.

“Ya, saya yakin apabila tiba masanya Neymar akan menjadi pemain terbaik di dunia selepas era Messi dan Ronaldo.

“Saya memiliki tahun yang luar biasa bersamanya dan banyak belajar ketika melihat responsnya di setiap sesi latihan dan semasa perlawanan sebenar.

“Neymar memiliki bakat di dalam dirinya, serta kemampuan dan kualiti untuk menunjukkannya.

“Saya percaya dia punya masa bagi menggantikan Messi dan Cristiano Ronaldo sebagai pemain terbaik di dunia. Dia masih ada masa untuk membentuk karakternya,” kata Emery

Emery dan Neymar pernah bekerjasama di PSG pada saingan Ligue 1 2017/18 yang mana adalah musim pertama buat Neymar di Paris selepas dibeli dari Barcelona.

Emery pada ketika itu pengendali Les Parisiens yang mana musim itu menyaksikan PSG menyapu seluruh kejuaraan domestik, tetapi hanya bertahan di babak 16 besar Liga Juara-Juara selepas disingkirkan Real Madrid.

Artikel Berkaitan:

Musim berikutnya, pengendali dari Sepanyol berkenaan menerima tawaran mengendalikan Arsenal menggantikan Arsene Wenger.