Peniaga di Kelantan sokong teruskan PKP

Peniaga di Bazar Tok Guru kekal tidak beroperasi dan mematuhi PKP yang diputuskan oleh kerajaan negeri.
Peniaga di Bazar Tok Guru kekal tidak beroperasi dan mematuhi PKP yang diputuskan oleh kerajaan negeri.
A
A
A

KOTA BHARU - Peniaga di Kelantan menunjukkan kepatuhan yang tinggi terhadap keputusan kerajaan negeri menangguhkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila masing-masing masih lagi menutup operasi perniagaan.

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian di kedai-kedai pakaian di pusat bandar dan pemborong di Bazar Tok Guru di sini semalam belum dibuka kepada orang ramai.

Pemborong pakaian, Izuan Razali, 24, berkata, beliau menyokong penuh keputusan untuk mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan bimbang untuk berniaga kerana kedudukan kedai terlalu rapat antara satu sama lain.

Kedai-kedai aksesori wanita, pakaian, jahitan dan sebagainya di bandar Kota Bharu juga belum dibuka kepada orang ramai bagi mengelak jangkitan koronavirus (Covid-19).
Kedai-kedai aksesori wanita, pakaian, jahitan dan sebagainya di bandar Kota Bharu juga belum dibuka kepada orang ramai bagi mengelak jangkitan koronavirus (Covid-19).

“Umum tahu kedudukan ruang kedai di Bazar Tok Guru sememangnya sangat sempit antara peniaga malah laluan untuk digunakan pelanggan juga sama.

“Kalau beroperasi, sudah tentu prosedur operasi standard (SOP) terutama untuk memastikan penjarakan sosial satu meter amat payah untuk dipatuhi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, tambah membimbangkan apabila kes jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19) yang meningkat dua hari berturut-turut kepada tiga angka menunjukkan keadaan wabak dalam negara belum pulih sepenuhnya.

“Hendak difikirkan soal berniaga, semua hendak cari rezeki lebih terutama pada musim menjelang perayaan seperti ini tetapi lebih baik teruskan berwaspada daripada kes kembali lebih teruk nanti,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seorang peniaga kain pelikat, Shahruddin Idris, 45, berkata, beliau tidak berniaga sejak PKP diumumkan pada 18 Mac lalu dan hanya ke kedainya yang terletak di bazar itu untuk mengemas barangan.

“Pihak pengurusan bangunan juga tidak membenarkan peniaga membuka kedai sesuka hati walaupun hanya untuk meletakkan barang jualan.

Peniaga di Bazar Tok Guru kekal tidak beroperasi dan mematuhi PKP yang diputuskan oleh kerajaan negeri.
Peniaga di Bazar Tok Guru kekal tidak beroperasi dan mematuhi PKP yang diputuskan oleh kerajaan negeri.

“Mereka membuat syarat dan masa tertentu sahaja untuk peniaga boleh datang mengambil barang atau memasukkan barangan jualan ke kedai,” katanya.

Dalam pada itu, di Wisma Persekutuan mendapati orang ramai mula berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendaftarkan kelahiran dan kematian ketika tempoh PKP.

Bapa tiga anak dari Wakaf Baharu, Tumpat, Mohd Balisah Mohd Norudin, 36, berkata, beliau datang ke JPN selepas membuat janji temu melalui panggilan telefon bagi mendaftarkan kelahiran anak ketiganya.

Mohd Balisah (kanan) membawa bersama dokumen bagi mendaftarkan kelahiran anak ketiganya itu manakala Tengku Maslila Aida Wani (kiri) selepas mendaftarkan kematian mentuanya.
Mohd Balisah (kanan) membawa bersama dokumen bagi mendaftarkan kelahiran anak ketiganya itu manakala Tengku Maslila Aida Wani (kiri) selepas mendaftarkan kematian mentuanya.

“Isteri melahirkan seorang bayi lelaki pada 24 Mac lalu dengan berat 2.9 kilogram di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan kini sudah berusia lebih sebulan iaitu 42 hari,” katanya.

Seorang lagi suri rumah, Tengku Maslila Aida Wani Tuan Will, 36, pula mendaftarkan kematian meRtuanya, Allahyarham Zabidah Nor, 61, pada Jumaat lalu akibat penyakit buah pinggang.