KWSP mula dikredit, netizen tarik nafas lega

Pengumuman itu membuatkan netizen dapat menarik nafas lega.
Pengumuman itu membuatkan netizen dapat menarik nafas lega.
A
A
A

SHAH ALAM- Pengeluaran wang i-Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula dikreditkan ke dalam akaun ahli hari ini sehingga 18 Mei depan.

Menerusi satu hantaran berita di Facebook Sinar Harian, ramai netizen meninggalkan komen gembira dan bersyukur dengan rezeki berkenaan kerana dapat meringankan beban mereka ketika penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Alhamdulillah rezeki, akhirnya hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu. Gunakanlah ia dengan sebaik mungkin di waktu yang gusar ini," komen Nur Ramadhan Syawal.

"Alhamdulillah minta-minta hari ini masuk lah duit," komen pula Idah Abdul.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Bayaran pengeluaran i-Akaun KWSP dikreditkan bermula esok

Selain itu ada juga netizen mengingatkan orang ramai supaya tidak berpusu-pusu ke bank untuk keselamatan mereka.

"Harap-harap hari ini jangan la pergi serbu bank. Ingatlah kita sedang berlawan dengan makhluk yang tidak dapat dilihat," komen Fiz Riah.

Tidak kurang juga antara mereka yang berpesan supaya tidak lupa menunaikan zakat fitrah.

"Apa pun jangan lupa bayar zakat ya," komen Wani Ruslan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, ada netizen yang kecewa kerana wang berkenaan belum diterima selepas membuat semakan perbankan.

Sufi Sulaiman menulis pada ruang komen, "Pengkreditan berkenaan akan dilakukan secara berperingkat.

Ada yang dapat 8 Mei, ada 13 Mei secara berperingkat. Macam saya dapat 4 Mei," jelasnya.

[ARTIKEL BERKAITAN] - 1.5 juta permohonan i-Lestari KWSP diluluskan: Tengku Zafrul

Inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun.

Semoga kemudahan yang diberi akan dapat memberikan manfaat kepada semua.