X

Kindly register in order to view this article
!

Amanah kata, Pas Johor dilihat hilang keyakinan..

Azam Mektar
A
A

JOHOR BAHRU - Pas Johor dilihat seperti hilang keyakinan untuk memperoleh mandat rakyat apabila Pesuruhjayanya, Abdullah Husin mengharapkan tidak akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Exco Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Azam Mektar berkata, kenyataan dikeluarkan Pas Johor itu dipercayai kerana takut kehilangan satu kerusi tunggal.

Menurutnya, kerusi DUN Bukit Pasir pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas dimenangi Pas secara tidak sengaja selepas calon Pakatan Harapan (Parti Pribumi Bersatu Malaysia-Bersatu), Pizi Jihat didapati bankrap dan tidak layak bertanding selepas menghantar borang pencalonan.

"Kenyataan beliau ini menunjukkan Pas Johor hilang keyakinan untuk memperoleh mandat rakyat dan menjadi kerajaan melalui jalan pilihan raya.

"Kenyataan beliau juga tidak selari dengan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed sebelum ini mengingatkan Bersatu supaya mencerminkan diri sendiri sambil menyarankan Tuanku (Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) bubar DUN selepas Bersatu Johor dilihat ‘banyak cakap’," katanya.

Azam turut berpendapat, Pesuruhjaya Pas itu gagal menjadi perantara bagi menenangkan konflik antara kedua-dua parti tersebut.

Katanya, Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang ialah seteru beliau pada PRU14 yang lepas di DUN Puteri Wangsa.

"Pas Johor perlu sedar diri, mereka kini bagaikan hilang arah tuju.

"Terkesima menjadi kerajaan tebuk atap sehingga ditinggalkan UMNO.

"Saat UMNO dan BERSATU dilihat bertelingkah soal lantikan politik Johor, mereka diam tak terkata," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!