Pelarian wajar dibenarkan berorganisasi: Mapim

MOHD AZMI
MOHD AZMI
A
A
A

ALOR SETAR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan komuniti pelarian di negara ini dibenarkan berorganisasi dengan pemantauan kerajaan bagi menyelaras isu berkaitan masyarakat minoriti itu.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihak berkuasa boleh berbincang dengan wakil pelarian mengenai perkara itu supaya mereka dapat mengurus pelbagai isu secara lebih teratur termasuk bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, Mapim turut mencadangkan satu kerangka polisi yang jelas digubal segera bagi menangani isu pelarian di Malaysia walaupun negara tidak terikat dengan Konvensyen Status Pelarian 1951.

"Harapan pelarian ini hanya kepada Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) untuk mendapatkan kad pendaftaran supaya dapat bergerak dan berusaha mencari kerja bagi menyara keluarga," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Malaysia tidak iktiraf status pelarian Rohingya

Beliau berkata, kemiskinan menyebabkan pelarian terbabit terpaksa hidup berhimpit di rumah setinggan selain perlu membayar sewa rumah, utiliti dan rawatan kesihatan," katanya.

Lebih memeritkan pelarian terdedah kepada eksploitasi pelbagai pihak. Ramai dianiaya tidak dibayar upah dan diugut ditangkap kerana tiada kad UNHCR.

Selain itu, Mapim juga mahu kerajaan membantu NGO komuniti pelarian bergerak melalui saluran undang-undang.

"Keadaan komuniti pelarian terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat kritikal. Mereka tidak menerima bantuan selain daripada NGO tempatan dan terpaksa bergantung kepada ihsan masyarakat setempat," katanya.

Artikel Berkaitan: