CLIENT ONLINE SIAR SEGERA DAN POST SOCIAL MEDIA: Produk Thailand tetap diperiksa

TEKS FB: Kerajaan pastikan barangan terbabit mematuhi SOP yang ditetapkan.

1.Che Abdullah memeriksa sayuran yang diimport dari Thailand sambil diperhatikan oleh anggota Maqis.
1.Che Abdullah memeriksa sayuran yang diimport dari Thailand sambil diperhatikan oleh anggota Maqis.
A
A
A
RANTAU PANJANG - Semua produk maka­nan yang diimport dari Thailand sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergera­kan (PKP) tetap diperiksa dengan teliti bagi memastikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Perta­nian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pengimportan produk makanan diteruskan bagi memastikan bekalan mencukupi.

“Bagaimanapun, jumlah import barangan makanan terutama sayur-sayuran menunjukkan penurunan berbanding tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan bagi meninjau gerak kerja mengimport bekalan makanan yang dikendalikan oleh Jaba­tan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kua­rantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Maqis Kelantan, Mohd Azam Yahya.

Che Abdullah berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan penurunan jumlah sayuran import berpunca daripada tindakan masyarakat yang lebih memberi keuta­maan kepada barangan asas lain.Katanya, walaupun berdepan kesukaran sepanjang perlaksanaan PKP terutama dalam aspek pengedaran namun gerak kerja tetap berjalan dengan baik.

“Saya berpuas hati dengan situasi ini kerana semua yang terlibat mematuhi PKP.

“Situasi ini cukup melegakan sekali gus membantu kerajaan memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19),” kata beliau.

Mengulas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini, Che Abdullah berkata, proses mengimport bahan mentah dari negara itu bergantung kepada permintaan.
Artikel Berkaitan:


Katanya, jika permintaan tinggi kerajaan akan menaikkan lagi jumlah import bagi memenuhi keperluan orang ramai.

KAPSYEN:

Che Abdullah (dua dari kiri) memeriksa sayuran yang diimport dari Thailand sambil diperhatikan oleh anggota Maqis.