Simpang Pulai, Tapah dilanda banjir kilat

Rumah penduduk di Kampung Sengat, Simpang Pulai dinaiki air separas 0.9 meter menyebabkan enam keluarga dipindahkan. - Foto JBPM Perak
Rumah penduduk di Kampung Sengat, Simpang Pulai dinaiki air separas 0.9 meter menyebabkan enam keluarga dipindahkan. - Foto JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini dibuka bagi menempatkan enam keluarga setelah rumah mereka dinaiki air akibat banjir kilat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan laporan banjir kilat itu diterima pada jam 7.58 malam membabitkan kawasan Kampung Sengat di sini.

“Pemeriksaan mendapati terdapat enam rumah dinaiki air separas 0.9 meter.

“PPS dibuka di dewan berhampiran dan enam keluarga telah dipindahkan. Operasi pemantauan masih diteruskan,” katanya.

Sementara itu, bomba turut menjalankan operasi menyelamat apabila menerima laporan banjir kilat melibatkan Kampung Sami di Tapah.

Tujuh rumah dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di Tapah. - Foto JBPM Perak
Tujuh rumah dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di Tapah. - Foto JBPM Perak

“Panggilan diterima pada jam 7.13 malam dan setibanya di lokasi, terdapat tujuh rumah dinaiki air setinggi 0.9 meter.

“Operasi penyelamatan sedang dijalankan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tujuh rumah dinaiki air setinggi 0.9 meter di Tapah. - Foto JBPM Perak
Tujuh rumah dinaiki air setinggi 0.9 meter di Tapah. - Foto JBPM Perak