Banjir kilat di Simpang Pulai, Tapah



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan laporan banjir kilat itu diterima pada jam 7.58 petang membabitkan kawasan Kampung Sengat, di sini.
“Pemeriksaan mendapati terdapat enam rumah dinaiki air separas 0.9 meter.
“PPS dibuka di dewan berhampiran dan enam keluarga telah dipindahkan. Operasi pemantauan masih diteruskan,” katanya.
Sementara itu, bomba turut menjalankan operasi menyelamat apabila menerima laporan banjir kilat melibatkan Kampung Sami di Tapah.
“Panggilan diterima pada jam 7.13 petang dan setibanya di lokasi, terdapat tujuh rumah dinaiki air setinggi 0.9 meter.
“Operasi penyelamatan sedang dijalankan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
