Bank perlu bantu rakyat yang sedang dalam kesusahan

Adnan Mat
Adnan Mat
A
A
A

SHAH ALAM - Institusi kewangan dan perbankan di negara ini perlu melupuskan faedah pinjaman kepada peminjam bagi tempoh enam bulan moratorium sebagai tanda sokongan membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik koronavirus (Covid-19).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, langkah itu wajar dilaksanakan sebagai tanda kebersamaan insitusi kewangan di negara ini bagi meningkatkan semula kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Institusi kewangan perlu sedar keuntungan yang diperoleh mereka sebelum ini adalah hasil daripada sokongan rakyat yang bersama-sama terlibat dalam pembangunan ekonomi negara melalui pinjaman dan perbelanjaan dilakukan.

"Rakyat kini sedang berhadapan masalah ekonomi yang sangat getir dengan ada yang terpaksa dipotong gaji, diberikan cuti tanpa gaji serta kehilangan pekerjaan.

"Ketika rakyat berada dalam kesempitan, institusi kewangan perlu bersama mendengar denyut nadi rakyat dengan mengecualikan pembayaran faedah dan keuntungan daripada pinjaman,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Artikel Berkaitan: