X

Kindly register in order to view this article
!

Tiup semangat untuk frontliner

Dr. Zulkifli turut mengirimkan satu poster pada ciapan berkenaan
A
A

PUTRAJAYA- Keadaan terkini penularan wabak pandemik koronavirus (Covid-19) di Malaysia dilihat semakin pulih dari hari ke hari namun begitu perlu diingatkan bahawa kita belum lagi memenangi ‘perang’ ini sepenuhnya dan masih perlu mengamalkan langkah kebersihan serta keselamatan.

Menghargai jasa petugas barisan hadapan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menitipkan doa dan motivasi menerusi ciapan Twitternya.

“Kepada semua petugas barisan hadapan. Ketika anda sedang lelah, menitiskan air mata, mahupun hampir putus asa dalam perjuangan ini, ingatlah bahawa kami semua sentiasa mendoakan anda,” tulisnya pada ciapan berkenaan.

Ciapan tersebut ditujukan khas untuk semua petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membantu negara membendung penularan wabak itu.

Beliau juga menerusi ciapan yang sama turut meninggalkan hashtag #dudukrumah #StayAtHome.

Ciapan berkenaan mendapat 682 ulang kicau dan 1,700 tanda suka.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!