X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Polis kejar penagih 15 kilometer

Polis berjaya menahan lelaki dipercayai penagih dadah di Jelapang hari ini. - Foto Pembaca
A
A

IPOH - Polis menahan seorang lelaki dipercayai penagih dadah di Jalan Perusahaan Menglembu 13, Bandar Baru Menglembu selepas mengejar suspek sejauh 15 kilometer.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, suspek berusia 31 tahun yang memandu kereta Proton Saga enggan memberhentikan kenderaannya menyebabkan pasukan peronda polis (MPV) bertindak mengejar hingga ke Jalan Ipoh-Lumut menuju ke Jelapang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, adegan kejar-mengejar itu menyebabkan kemalangan membabitkan kenderaan awam apabila suspek memandu melawan arus di Jalan Besar, Jelapang di sini.

"Tiba di lokasi tersebut, kenderaan suspek melanggar sebuah Perodua Myvi. Polis mengambil peluang itu untuk menahannya tetapi suspek bertindak agresif hingga berlaku pergelutan tetapi dia akhirnya berjaya ditahan.

"Suspek mengalami luka di bahagian mulut akibat kemalangan itu manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, pemeriksaan dalam kenderaan menemui satu peket plastik mengandungi 0.48 gram methamphetamine dan alat menghisap dadah.

Ketika siasatan katanya, suspek memberitahu dia keluar minum di Jelapang Tambahan sebelum mengambil bekalan dadah di kawasan Pekan Baharu serta bersiar-siar di Menglembu.

"Polis merampas kereta, dadah dan kotak yang mengandungi alat menghisap dadah, pemetik api, sebatang straw yang diubahsuai dengan satu tiub kaca dan pisau lipat," katanya.

A Asmadi berkata, suspek melanggar Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit yang berbahaya kepada nyawa.

"Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!