Rosyam Nor sedih pemergian Kamal Ishak

Hantaran Rosyam pada Instagramnya.
Hantaran Rosyam pada Instagramnya.
A
A
A

PELAKON dan penerbit, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa sedihnya terhadap pemergian pengarah, Kamal Ishak semalam.

Menerusi hantarannya di Instagram, Rosyam berkata bahawa arwah sudah dianggap seperti gurunya kerana banyak mencurahkan ilmu lakonan kepadanya.

“Ilmu yang dicurahkan membuat aku mula diperhatikan setelah 13 tahun gagal menempatkan diri setara dengan bintang-bintang yang lain.

“Mungkin kamu semua tidak kenal dia. Dia adalah antara pengarah yang amat disegani dan dihormati satu ketika dulu,” tulis Rosyam.

Rosyam berkata, arwah pernah mengarahkan filem Cinta Kita lakonan pelakon terkenal, Sofia Jane dan merupakan seseorang yang berprinsip.

“Dan dia terus kekal dengan pegangannya bahawa membuat filem atau drama adalah mencipta dunia kita sendiri dan mesti 'make belive'. Cara kerja juga mestilah ada kajian bersama krew, produksi, pelakon,” jelasnya lagi.

Kamal Ishak, 66, disahkan meninggal dunia pada jam 2.02 pagi di kediamannya Kulim, Kedah.

Arwah bukan sahaja pengarah filem, drama dan dokumentari, beliau juga merupakan penulis skrip dan puisi.

Artikel Berkaitan: