Tradisi penduduk Acheh kejut sahur dengan menyanyi

Paparan Twitter @khaiartzfar curi tumpuan netizen.
Paparan Twitter @khaiartzfar curi tumpuan netizen.
A
A
A

ACEH - Sekumpulan anak muda dari kampung Beurawe menyanyi untuk mengejutkan penghuninya bangun bersahur.

Tradisi ini dipercayai dinantikan penduduk setiap kali menjelang Ramadan, lapor Tribun News.

Seperti video yang dimuat naik di YouTube, tajuk rakaman video 'vokal merdu membangunkan sahur di Banda Aceh terbaru 2020' dinyanyikan Wahyudi Kobin selaku penyanyi utama mencuri perhatian netizen.

Menerusi rakaman itu, tidak kurang 10 pemuda menyanyi bahasa Acheh yang cukup merdu menggunakan pembesar suara di masjid.

Rata-rata mereka bernyanyi secara bersahaja dan cukup bersemangat untuk mengejutkan penduduk agar bangun sahur setiap hari.

Selain di YouTube, rakaman itu juga dimuat naik di Twitter @khaiartzfar.

Katanya, video itu memiliki daya tarikan tersendiri buat penduduk Acheh.

Video durasi dua minit itu ditonton lebih 210,000 tontonan.

Artikel Berkaitan:

Kata @silvia, "Syahdu bila dengar gabungan suara mereka. Rindu bersahur di kampung."

Kata @alif pula, "Suasana bersahur pasti lebih menarik bila dengar mereka bernyanyi. Walau tak faham bahasa Acheh, ia tetap merdu."