Tabung Subuh didik Nazir sekeluarga bersedekah


Nazir (kiri) bersama dua anaknya, Nur Eryna Sofea, 5, dan Muhammad Daim Hussin, 7, selepas bertadarus bersama pada bulan Ramadan.
Nazir (kiri) bersama dua anaknya, Nur Eryna Sofea, 5, dan Muhammad Daim Hussin, 7, selepas bertadarus bersama pada bulan Ramadan.
A
A
A

SHAH ALAM - Ramadan bulan paling baik untuk meningkatkan pahala sedekah dan amal jariah.

Justeru, Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin tidak melepaskan peluang mendidik anak-anak untuk bersedekah dengan memasukkan sendiri wang ke dalam tabung setiap kali solat Subuh.

Katanya, wang berkenaan akan disalurkan kepada golongan memerlukan selepas seminggu atau dua minggu supaya setiap ahli keluarga konsisten bersedekah setiap hari tanpa mengira jumlahnya.

Beliau memberitahu, idea berkenaan tercetus selepas dia terkesan dengan petikan sebuah hadis mengenai kebaikan bersedekah dan keburukan tidak membuat amal itu.

“Saya terbaca artikel mengenai hadis mengatakan bersedekah pada saat Subuh didoakan malaikat. Doa malaikat “Ya ALLAH berilah pengganti yang berkat pada hamba-Mu yang berinfak”. (Hadis Riwayat Bukhari).

“Saya merujuk hadis itu kepada beberapa ilmuwan agama dan mereka mengesahkan kebenarannya jadi saya terfikir membuat konsep sedekah (tabung Subuh) ini,” katanya.Menurutnya, dia mendidik ahli keluarganya sebelum Ramadan lagi dengan menyimpan sendiri wang dalam bekas setiap hari dan menyalurkannya kepada golongan kurang bernasib baik.

Beliau berkata, mereka memanfaatkan sebaiknya setiap wang sedekah dengan membantu golongan memerlukan sepanjang Ramadan ini.

Sementara itu, Nazir berkata, dia juga aktif membantu mempromosikan makanan peniaga 耷拉没 talian di laman sosialnya.

Artikel Berkaitan:

“Ini juga menjadi salah satu aktiviti saya ketika Ramadan namun saya hanya kongsi makanan yang benar-benar berkualiti bagi memastikan pelanggan berpuas hati,” katanya.