Pengundi perlu bijak memilih: Pemuda Umno

Muhammad Faiz dan Wan Mohd Azam (kanan)
Muhammad Faiz dan Wan Mohd Azam (kanan)
A
A
A

KUANTAN – Rakyat diingatkan supaya bijak membuat pilihan pada PRK Cameron Highlands yang dijadualkan berlangsung pada 26 Januari ini.

Exco Pemuda Umno Malaysia, Muhammad Faiz Hashim berkata, justeru, mereka perlu mengambil peluang untuk mengundi, Ramli Mohd Noor kerana calon BN itu mampu membawa suara rakyat di kawasan itu ke peringkat Parlimen.

“Kita mahu rakyat ambil peluang....sebab BN telah memartabatkan calon orang Asli dan peluang ini tak selalu datang.

“Tidak ada dalam sejarah parti meletakkan calon dari kalangan Orang Asli, tetapi BN terbuka dalam perkara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, justeru, sokongan daripada Orang Asli dan Melayu penting dalam meningkatkan undi majoriti dalam PRK pada kali ini.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz memberitahu rakyat juga perlu memperhalusi sebaiknya terhadap kaji yang ditabur oleh PH terutamanya membabitkan isu tanah adat, pelesenan dan sebagainya.

Jelasnya, semua perkara itu adalah berkait rapat dengan kuasa kerajaan negeri yang ditadbir oleh BN.

“Jadi, semua benda itu tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan Pusat tiada ada kuasa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno negeri, Wan Mohd Azam Wan Rosdy berkata, Ramli adalah calon yang terbaik untuk bertanding melawan calon PH, M Manogaran.

Menurutnya, ini kerana calon ini adalah calon tempatan dan dari kalangan orang Asli dilihat mampu menarik sokongan lebih ramai pengundi.

“Kita nampak trend pengundi menyokong calon ini (Ramli) sebab beliau mempunyai akademik, jawatan dalam kerajaan yang bagus selain dekat dengan masyarakat setempat.

“Jadi boleh saya katanya calon ini ‘pakej lengkap,” katanya.